Wednesday, March 12, 2014

Kejohanan 7th. Asian Airgun Championships 2014 - Kuwait


Laporan Hari Keenam (akhir) - 12 Mac 2014

‎Hari ini merupakan hari terakhir bagi Kejohanan 7th. Asian Airgun Championships 2014 - Kuwait dan penyertaan pada hari ini juga masih melibatkan atlet dari program Pelapis Kebangsaan iaitu bagi acara 10m Air Pistol (W) Junior (Siau Cuili), 10m Air Pistol (M) Junior (Eddy Chew) dan 10m Air Pistol (M) Remaja (Abdul Hadi Abdul Malik dan Siau Zianyi).

Pada jam 9.00 pagi (waktu tempatan 2.00 petang) acara 10m Air Pistol (W) Junior yang diwakili oleh Siau Cuili telah bermula‎ dan seramai 18 orang atlet yang bertanding bagi acara ini. Dalam masa yang sama, acara 10m Air Pistol (M) Junior juga turut dijalankan. Bagi acara ini seramai 15 orang atlet bertanding dan negara kita diwakili oleh Eddy Chew.  Sehingga jam 9.41 pagi (waktu tempatan 2.41 petang) ini, kedudukan Eddy Chew masih berada di tempat yang pertama manakala Siau Cuili pula berada di tempat yang ke-13.

Keputusan :

10m Air Pistol (W) Junior :
- Siau Cuili - 367 (Rank 12)

10m Air Pistol (M) Junior :- Eddy Chew - 568 (rank 3) 
- masuk final

Jam 11.00 pagi (waktu tempatan 4.00 petang) acara 10m Air Pistol (M) Remaja‎ yang melibatkan dua (2) orang atlet Pelapis iaitu Abdul Hadi Abdul Malik dan Siau Zianyi telah bermula. Penyertaan untuk acara ini sebanyak 35 orang atlet yang mengambil bahagian dan acara ini berakhir pada jam 12.15 tengahari (waktu tempatan 5.15 petang).

Keputusan :
1. Abdul Hadi Abdul Malik - 555 (Rank 15)
2. Siau Zianyi - 551 (Rank 21)

Pada jam 1.00 petang (masa tempatan 6.00 petang) acara final bagi 10m Air Pistol (M) Junior bermula dan negara kita diwakili oleh Eddy Chew. Setelah berakhir pertandingan, keputusan menunjukkan yang beliau berada ditempat yang ke-2 dengan pungutan mata sebanyak 194.8‎ di belakang atlet dari Mongolia. Dengan ini, kontingen Malaysia membawa pulang 1 (satu) pingat perak.

Pada jam 6.30 petang (waktu tempatan 11.30 malam) acara penyampaian hadiah dijalankan dan berakhir tepat jam 7.00 malam (waktu tempatan 12.00 tengah malam).
Setakat ini berakhirlah laporan dari Kuwait untuk Kejohanan 7th. Asian Airgun Championships 2014 dan diharapkan penyertaan atlet Malaysia bagi tahun hadapan dapat diteruskan.








http://pelapisfuturechampions.blogspot.com/2014/03/kejohanan-7th-asian-airgun_13.html

No comments:

Post a Comment